| Pasukan PKG Ampang Juara |
|
Pada 23 Mei 2009, Pasukan PKG Ampang yang diterajui oleh kepimpinan pengurusan SK Taman Nirwana telah berjaya menjuarai Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Sempena Hari Guru Anjuran PPD Hulu Langat. Pasukan PKG Ampang yang diurus sepenuhnya oleh Guru Besar SK Taman Nirwana En. Abdul Samad Abdul Ghani telah menunjukkan semangat perjuangan yang jelas jitu dan tahap bertaraf dunia dari aspek pengurusan,latihan dan permainan. Para pemain PKG Ampang yang lebih dikenali sebagai Pasukan Berjiwa Besar adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah telah menunjukkan persefahaman dan kerjasama bagi menjulang nama baik PKG Ampang ke tahap yang membanggakan. terima kasih juga diucapkan kepada jurulatih pasukan En Shariff dan para penyokong pasukan PKG Ampang yang diketuai oleh En. Uzair Huzaini yang tidak jemu menyokong pasukan ini. Berikut adalah senarai barisan pemain PKG Ampang:
Pasukan Bolasepak PKG Ampang telah menjadi salah sebuah pasukan yang paling digeruni di Daerah Hulu Langat dan juga Negeri Selangor. Hidup PKG Ampang! Hidup Cikgu Samad! Pengurus Yang Berinovasi Bertaraf Antarabangsa!!!!!!!!! |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||




