| Sambutan Maulidur Rasul |
|
Pada 27 Mac 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan ini telah melibatkan semua guru sesi pagi dan petang dan juga murid-murid SK Taman Nirwana. Program ini diketuai oleh Us. Suhaizu b. Sulaiman dan dibantu oleh jawatankuasa kecil bagi menjayakannya. Sambutan ini juga, disusuli dengan beberapa aktiviti ceramah yang disampaikan oleh Us. Anas, persembahan nasyid sekolah dan kuiz. |
||||




